Followers

07 June 2017

Buah Pinggang Bocor?

15:53 1 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buah pinggang bocor atau pun Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Dalam kes ini, pesakit akan banyak kehilangan protein dalam badan akibat kerosakan atau kebocoran penapis halus yang terdapat dalam buah pinggang yang dikenali sebagai glomeruli.


Tanda-tanda awal gejala penyakit ini adalah seperti kencing berbuih, mata, muka dan kaki kelihatan bengkak dan pesakit akan menjadi lemah dan tidak bermaya.


Rawatan Alternatif bagi Nephrotic Syndrome

Saya kongsikan kisah daripada Puan Tinie Badri;

Diagnos
Bermula kisah bila KAKI suami saya SEMBAB, kemudian diikuti tangan, kemudian MUKA. Kami naik risau. Apabila pergi kecemasan doktor tahan observation ward untuk ambik urin 24jam. Bacaan protein masa tu +26. Allahuakbar sungguh saya tak pernah dengar tentang Nephrotic Syndrome/Buah pinggang bocor. Baru tau AIR KENCING BERBUIH tu salah satu tanda awal tapi suami tak alert dan ingat ianya normal. Tak tidur malam saya mencari maklumat tentangnya. Rupanya jika dibiarkan boleh sampai kena dialisis dan boleh jugak dapat jangkitan paru-paru. Risau jangan nak cakap la sebab arwah abah saya sendiri di prnghujung hayatnya meninggal disebabkan buah pinggang gagal berfungsi.


Rawatan doktor
Doktor bagi steroid dan beberapa ubat lain untuk kawal kolesterol dan bengkak kaki. Bila buah pinggang dah ada masalah kolesterol tiba-tiba naik, tekanan darah pun naik. Doktor bagi pilihan katanya kalau setuju untuk biopsi, steroid jangan makan dulu pulangkan balik pada hospital. Kami bincang dan pulanhkan steroid dan kami setuju untuk biopsi. Sebenarnya dalam tempoh tunggu tarikh kami nak ikhtiar dengan Vivix.

Perkembangan
Sebotol Vivix, bacaan urin menurun. Doktor dah stop semua ubat. Bila 3botol bacaan urin terus negatif(gambar) dan doktor terus cancel untuk biopsi bila tengok result darah, kolesterol semua cantik.
Syukur alhamdulillah. Banyak hikmahnya. Dengan asbab sharing kisah suami saya ni dah ramai yang bermasalah sama dah ikhtiar dengan Vivix dan dapat #shakleeeffect yang bagus.


No automatic alt text available.



Kisah ini saya kongsikan agar kita semua dapat berkongsi kebaikan Vivix dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Kita hanya ikhtiar. Vivix juga hanya asbab untuk kesihatan yang lebih baik. Namun Allah juga yang memberi rezeki.



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan sebarang penyakit


 * These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 



Beli online guna kad kredit/debit klik sini SAYA NAK VIVIX atau boleh hubungi saya seperti di bawah.



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

06 June 2017

Testimoni: Hamil Setelah 6 Tahun Penantian

12:58 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kita hanya ikhtiar. Rezeki tetap daripada Yang Esa.


Sharing Puan Nadia Najib:

" Saya makan vivix untuk masalah PCOS saya dan untuk hamil. Selama 6 tahun saya mencuba pelbagai cara untuk hamil.
 Akhirnya saya mencuba vivix secara konsistant selama 3 bulan tanpa miss.
Setelah saya ambil secara konsistant, period saya Alhamdulillah teratur setiap bulan.

Sebelum ni period saya kurang teratur kerana PCOS saya. Dan ia menyebabkan ketidaksuburan dan susah hamil.
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya serasi dengan vivix dan setelah penantian selama 6 tahun kami dapat menimang anak.
Alhamdulillah saya sudah habis berpantang dan gembira bersama suami dan anak. Dengan kehadiran si kecil ni, meyerikan rumah tangga kami.
Untuk cerita lebih lanjut, saya ada bercerita di blog saya."

Image result for berjaya hamil



Related image


Related image


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan sebarang penyakit


 * These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

03 June 2017

Amalan Agar Sentiasa Berduit

20:30 0 Comments

Petikan dari buku Amalan Menjemput Rezeki



Amalan Agar Sentiasa Berduit


Pertama : Tetapkan Jumlah Tabungan Impian (Mahu berada di tangga berapa?)


Tangga 1: RM0 - RM1

Tangga 2: RM1 - RM10

Tangga 3: RM10 - RM100

Tangga 4: RM100 - RM1,000

Tangga 5: RM1,000 - RM10,000

Tangga 6: RM10,000 - RM100,000

Tangga 7: RM100,000 - RM1Juta



Kedua : Hitung Dan Ketahui Jumlah Hutang ( Berapakah sebenarnya jumlah hutang?)


Tangga 1: RM0 - RM1

Tangga 2: RM1 - RM10

Tangga 3: RM10 - RM100

Tangga 4: RM100 - RM1,000

Tangga 5: RM1,000 - RM10,000

Tangga 6: RM10,000 - RM100,000

Tangga 7: RM100,000 - RM1Juta



Ketiga : Mula merancang strategi untuk:

1) Menambah tabungan dan


2) Mengurangkan hutang.


Contoh:


2015: Hutang di tangga 7

Tabungan di tangga 1


2016: Hutang di tangga 6

Tabungan di tangga 2


2017: Hutang di tangga 5

Tabungan di tangga 3


2018: Hutang di tangga 4

Tabungan di tangga 4


2019 : Hutang di tangga 3

Tabungan di tangga 5


2020: Hutang di tangga 2

Tabungan di tangga 6


2021 : Hutang di tangga 1

Tabungan di tangga 7



Bergantung kepada kesunguhan dan amalan masing-masing.


Dalam tempoh 3 hingga 7 tahun , kita ada peluang bebas hutang dan mempunyai tabungan yang banyak.


Sudah tentu ia menjadi lebih nikmat berbanding keadaan ini:


Jumlah Tabungan: RM1Juta

Jumlah Hutang : RM1 Juta


Duit banyak, hutang pun banyak....( tidak senikmat ) punya duit banyak dan tiada hutang.



Keempat: Mulakan amalan agar sentiasa berduit.


Boleh mula hafal dan wiridkan ayat di bawah sebabyak 33 kali selepas setiap waktu solat.


Juga boleh dibaca sekali setiap kali keluarkan duit dari dompet.


" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )



Semoga bermanfaat.


Kenali Saintis TERHEBAT di Shaklee

17:48 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari nie ada beberapa saintis terkenal dan hebat saya nak kongsikan.


1. Dr Forrest Shaklee 


Pada yang belum kenal lagi, nie lah dia pengasas Shaklee. Tengok nama je pun dah tau kan ^__^


Beliau mendapati, banyak pesakit yang terlebih makan (overfed) tapi masih kekurangan nutrisi (undernourished). Dari situ beliau percaya, kekurangan nutrisi adalah punca kepada macam-macam penyakit. Mulai dari itu, beliau sangat menekankan kepentingan pemakanan untuk kekal sihat. Sehingga, pada tahun 1915, Dr Shaklee berjaya mencipta “Vitalized Minerals”; vitamin moden pertama di dunia. Malah, asal usul perkatan “vitamin” juga dikatakan daripada produk ini. 




2. Dr Yasuhiko Kojima 


Penerima PhD in Medical Science dari Universiti Tokyo, merupakan saintis pertama di dunia yang discover Interferon. Kemudian, baru saintis barat meneruskan kajiannya tentangnya. Beliau berjaya discover Interferon semasa membuat kajian tentang vaksin smallpox. 

Terinspirasi dengan konsep “harmoni with nature” oleh Dr Forrest Shaklee; setelah 40 tahun mengkaji, beliau akhirnya berjaya menemui sumber semulajadi yang mampu membantu badan kita menghasilkan Interferon sekaligus menguatkan immuniti tubuh. Itulah produk yang kami gunakan sampai hari ini, Nutriferon Shaklee.



3. Dr Elizabeth Blackburn


PhD dari University Cambridge, ialah Nobel Prize Winner of Medicine pada tahun 2009. Beliau banyak mengkaji tentang Telomeres, pangkal Kromosom yang bertanggungjawab memelihara Kromosom kita daripada rosak. Dr Elizabeth Blackburn berjaya menemui Telomeras; enzim yang memperbaharui Telomeres. 

Tak faham? Cukup lah orang umum macam kita ni tahu, penemuan ini sangat penting di bidang Medicine sebab Telomeres adalah biomarkers terpenting dalam menjangkakan jangka hayat (health span & life span) seseorang. Dan Dr Elizabeth Blackburn yang hebat ini juga berada dalam Shaklee punya Scientific Board Advisor.





4. Dr Gladys Block

Ialah Professor Emerita di Berkeley University California. Professor Emerita ni macam title Professor Emeritus yang Dr Khoo Kay Kim; sejarahwan negara yang terlibat dalam menubuhkan Rukunegara, ni dapat. 

Suatu ketika dahulu, Dr Gladys Block nak buat research “betul ke vitamin ni beri kesan pada kesihatan?” dengan membandingkan orang yang makan vitamin dengan yang tak makan. Namun, semua syarikat vitamin reject mentah-mentah proposal beliau. Mungkin takut “kalau terbukti tak berkesan, habis lah bisnes aku”. 

Sebab, apa pun keputusan, berkesan atau tidak, Dr Gladys tetap akan publish. 

Hingga satu hari, berita tentang kajian beliau ini sampai ke pihak Shaklee, dan Shaklee bersetuju untuk sponsor & beri kerjasama. Hasilnya? High impact research dalam dunia Nutrisi hingga dinamakan “Landmark Study”. 




5. Dr Bruce Daggy 


Beliau pernah berkhidmat sebagai Vice President (VP) Research & Development (R&D) untuk GlaxoSmithKline; syarikat Pharmaceutical gergasi dunia. Namun, selepas membaca jurnal Landmark Study Dr Gladys Block tadi, beliau jadi sangat impressed. Impressed dengan keberkesanan produk Shaklee sampai begitu sekali. 

Ya lah, tidak pernah ada mana-mana syarikat yang berani membuktikan produk mereka begitu lama; hingga 40 tahun menggunakan Shaklee. Beliau juga sangat tertarik dengan motto yang diperjuangkan Shaklee; dijamin berkesan, dijamin selamat & dijamin semulajadi. Teruja nak jadi sebahagian daripada revolusi industri kesihatan, beliau bersetuju untuk berkhidmat sebagai Senior VP untuk R&D Chief Science Office di Shaklee, hingga sekarang.



Apa point terpenting yang anda patut tahu di sini?

(1) Shaklee bukan produk picisan yang dibancuh belakang rumah. Juga bukan produk yang cuma ada marketing department tanpa sebarang saintis langsung. Tapi Shaklee dibangunkan oleh saintis terhebat dunia. Syarikat vitamin mana yang ada Pemenang Nobel Prize di dalamnya, selain Shaklee?


(2) Saintis-saintis yang terlibat di Shaklee bukan graduate daripada University bogus entah mana-mana. Tapi, university top 10 di dunia. Jangan hanya sebab belajar dalam negara dan tak pernah dengar nama University Berkeley, Cambridge & Tokyo, senang-senang je cop “tu PhD beli je tu”. Memalukan kaum tau. Kalau betul boleh dibeli sebegitu sekali, tak payah PhD lah, cuba dapatkan Master di sana dulu.


(3) Hanya dengan produk terbaik; hasil falsafah syarikat yang jelas, dapat menarik top talent macam ni. Top talent tak pernah bekerja hanya sebab duit macam kebanyakan kita-kita ni. Tapi orang bijak pandai tahap dunia ni hanya ingin usahanya memberi impak kepada manusia. Lagi hebat impak yang syarikat itu mampu lakukan, lagi hebat kualiti talent yang mereka bakal tarik.


Sumber asal:iReach





Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
whatsapp: 013-7073943 (Deanna)


02 June 2017

Farhan TURNS ONE!

15:37 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah. Semalam Farhan genap setahun! Allah...cepatnya masa berjalan. Dah besar dah kamu sayang...


Tahun lepas 01.06.2016 bersamaan 25 Syaaban 1437H pukul 8.17 pagi mama lahirkan kamu. Dan gara-gara kamu juga mama dah raya sebulan awal huhu... Ramadhan mama dah raya dulu dah hihii..


Tak ada lain doa mama supaya kamu dapat jadi anak yang soleh, penyejuk hati mama dan ayah tiap masa, dan menjadi seorang insan yang banyak berbakti pada yang lain.. aminn..


Sekarang nie ada la dalam 2 minggu macam tu pandai merangkak. Tak apa mama suka kamu merangkak hehe.. Merangkak puas-puas ok sayang!


Kita celebrate lepas raya lah ya! Celebrate sama dengan kakak Ica & adib. Kakak Ica sama bulan dengan kamu. Adib pulak kembar tak sebapa seibu kikiki..


Hari pertama kamu melihat dunia ^_^

Posing dia

Masa nie dah genap sebulan

Botak sama-sama dengan abang Faris

Dengan nenek

Farhan dengan pengantin yang juga makcik dia


Yeay begambar sama dengan atok Sanep dan nenek Julai

Dari kiri: Abang Firas, Farhan, Adib, Abang Faris

Masa nie dah pandai meniarap
  
Dah pandai maju, pandai dah angkat-angkat badan

Bersama dengan abang-abang saya!

Nie la kembar tak sebapa seibu - Adib
Beza sebulan aje dengan Farhan

Hi dengan Abang Faris

Gambar lepas mandi. Mama suka gambar nie! Cute hehe

Dia dah tumbuh gigi!


















01 June 2017

Pengalaman JELITA Tentang Set Ramadhan Shaklee

16:17 0 Comments

Antara dugaan berpuasa adalah cara kekal bertenaga sepanjang menahan lapar dan dahaga daripada waktu Subuh sehinggalah ke senja.


Apatah lagi, Ramadan 2017 jatuh pada Jun yang kebiasaannya ekstra panas dan lembap, membuatkan anda cepat rasa lesu terutama jika perlu melakukan rutin harian seperti biasa.


Oleh sebab mereka yang berpuasa hanya makan pada waktu berbuka dan sekali lagi sewaktu bersahur pada awal pagi dan mungkin menjamah ringan di antaranya, maka fokus utama pemakanan perlu tertumpu kepada pengambilan air dan makanan yang kaya dengan nutrien.


Menurut Datuk Dr Rajbans Singh, presiden Malaysian Wellness Society, mengekalkan bekalan air yang cukup dalam tubuh amat penting kerana penyahhidratan atau kekkurangan air biasa biasa berlaku di negara yang panas dan lembap seperti Malaysia.


Datuk Dr Rajbans Singh


Tanda penyahhidratan sederhana:
Pening kepala
Keletihan
Sukar beri tumpuan


Manakala penyahhidratan yang serius akan buat anda rasa bingung dan kemungkinan boleh pengsan.


Ketahui cara kekalkan tenaga sepanjang siang pada Ramadan ini:
Minum air lapan gelas sehari dari waktu berbuka hingga bersahur. Pilihan ideal sudah tentu air tetapi sup, buahan dan sayuran yang kaya air seperti tomato, timun, salad, tembikai dan oren juga boleh diambil kira.

Elakkan meminum air soda dan jus buah kerana kandungan gulanya tinggi dan akan merangsang paras insluin anda terutamanya pada waktu Subuh. Ini akan menyebabkan hipoglisemia dan menambah rasa lapar.

Air teh dan kopi bertindak sebagai deuretik, penyebab kehilangan lebih banyak air dan meningkatkan penyahhidratan.

Elakkan makanan masin kerana ia menambah rasa haus anda.



MAKANAN WAKTU BERBUKA

“Semasa berbuka, pilih minuman, buah, sup dan bubur dan elak memakan makanan berlemak atau yang ada kandungan gula yang tinggi. Buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis dan prun adalah pilihan paling sesuai kerana ia mengandungi gula semula jadi untuk tenaga, air dan vitamin serta ada mineral terpilih,” kata Dr Singh.

Tambahnya lagi, sup tradisional berasaskan daging atau mengandungi kekacang seperti lentil dan kacang serta makanan berkanji seperti pasta atau bijirin turut membekalkan nutrien dan tenaga.

Selepas berbuka, pastikan makanan anda seimbang dan mengandungi karbohidrat kompleks, buah dan sayuran, tenusu, kekacang, bijirin dan daging, ikan, ayam serta telur.



MAKANAN WAKTU SAHUR

Elakkan makanan tinggi kandungan gula dan garam kerana gula mencanak insulin, membuatkan anda rasa lapar manakala garam buat anda terasa lebih haus.

Minum air yang banyak, pilih makanan dengan kandungan serat tinggi serta berasaskan protein kerana ia akan dihadam secara perlahan dan buat anda berasa lebih lama kenyang.

Contoh; oat, rai dan milet dijadikan bubur dengan kekacang dan buah beri. Bijirin sarapan berserat tinggi diambil dengan susu, yogurt, keju dan roti mil penuh. Telur juga sumber baik tetapi elakkan mengambil dengan keju dan daging yang diproses kerana ia ada kandungan garam yang tinggi.



KEKAL AKTIF

“Saya turut mengesyorkan senaman atau aktiviti aktif seperti berjalan kaki pada Ramadan terutama selepas berbuka puasa. Contohnya, anda boleh berjalan kaki ke masjid kerana ia membantu penghadaman dan boleh menurunkan berat badan,” kata Dr Singh.

Jika ada undangan berbuka, anda perlu memilih dan elak makanan secara keterlaluan. Jika anda mengambil ubat untuk diabetes, berbincang dengan doktor cara menyesuaikan dos dan masa pengambilan ubat anda.



TIDUR KENA CUKUP

Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam ke tujuh jam tidur kerana kekurangan tidur akan menyebabkan tekanan dan meningkatkan kortisol yang boleh mencetus masalah kesihatan lain.

Sekiranya anda berasa tidak mendapat pemakanan dengan nutrien yang diperlukan seperti digariskan di atas, terutama dalam tempoh singkat ketika berbuka, anda boleh mengambil vitamin dan mineral tambahan bagi melengkapkan nutrien anda.


JELITA TELAH CUBA…

Ini hanya sebagai saranan tetapi Jelita telah mencuba set Ramadan Shaklee yang terbukti mampu membantu anda kekal bertenaga dan berasa kenyang lebih lama pada masa sama, tidak cepat dahaga.

Pek Ramadan Shaklee



ESP Mix Soy Protein Isolate Powder: Kaya dengan kalsium dan protein malah protein soya dikatakan mampu mengurangkan kolesterol.

Padankan dengan Meal Shakes menjadikannya minuman yang lazat. Meal Shakes enak berkrim, kaya sumber kalsium, serat makanan dan protein. Hendak lebih lazat? Tambah sedikit Milo.

Untuk kurangkan rasa haus di siang hari di kala berpuasa, cuba Performance. Rasanya seperti glukos oren dan lebih sedap dibancuh dengan air sejuk.

Pada masa sama, ambil suplemen Lecithin kerana ia adalah pengemulsi semula jadi yang bertindak memecahkan lemak menjadi molekul kecil untuk penghadaman.


Sumber asal: Jelita

Vitamin Cinta

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita

Vitamin HOT untuk Wanita