Followers

14 April 2017

BILA ANAK-ANAK KECIL MENYEBUT PERKATAAN TIDAK BAIK


Kredit Ibu Rose
Anak-anak kecil akan suka mencuba dan ingin tahu. Mereka akan menggunakan perkataan yang pelik-pelik dan baru mereka dengar tanpa benar-benar faham maksudnya seperti orang dewasa faham. Oleh itu kita perlu sangat RELAKS. Jangan cepat mengelabah. Kemungkinan dia tidak begitu faham maksud perkataan itu. Tapi sebab bila dia mendengar orang berkata akan perkataan itu, dia terus meniru.

Image result for anak-anak cakap tak baik

Selalunya para ibu atau bapa akan menyoal siasat anak dengan cemas dan cepat membuat andaian serta menghukum (judge) perbuatan si anak itu dengan kurang sesuai. Kerana kuatir anak sudah terpengaruh dengan perkara buruk dan kita mahu dia tidak menggulangi perbuatan itu dan tidak mahu orang menyangka sesuatu yang buruk mengenai kita.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah:
1-bertanya secara selamba apa sebenarnya anak itu faham mengenai perkataan itu.
Contoh: "Eh, mama tak pernah dengar perkataan itu abang long cakap. Apa maksudnya perkataan itu abang long?"

Bila dia memberi penerangan. Kita tambah lagi bertanya
Contoh: " Ooooo macam tu..jadi maksudnya benda itu baiklah? Ke buruk?
Jika perkataan itu adalah untuk sesuatu yang buruk, maka secara selamba juga anda boleh memberi penjelasan..
Contoh: " Oh, fahamlah Mama.(berhenti di situ kemudian sambung ayat) Sebenarnya, perkataan itu kurang baik untuk kita sebut-sebut terutama di hadapan orang lain. Sebab perkataan itu tak sesuai untuk orang yang perangainya baik.
(Jika anak anda suka menidakkan kata-kata, maka guna ayat terbalik)
Contoh: Abang Long bukan budak yang suka orang pujikan?
(kemungkinan sebab dia suka menidakkan dia akan kata...suka orang puji...kemudian bolehlah jawab. "Ke suka orang kata Bang Long jahat ke? ...kemungkinan dia akan kata tak..."jadi tak usah sebut lagi perkataan itu" jika dia kata ya,...."Oh suka orang kata Bang Long jahiat, kalau begitu Abang Long tak bolehlah jumpa orang sebab Mama tak suka orang kata Abang Long jahat sebab Abang Long sebenarnya baik...contoh.
Harap ini membantu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita