Followers

02 March 2017

Tips Keberkatan Masa


Image result for keberkatan masa


// Bilamana kau berhenti memberi alasan, bermula itulah kau akan semakin dekat dan rangkul kejayaan dan kekayaan --- infiniti! //
.
.
Maturity comes when you stop making excuses and start making changes.
.
.
Ada 2 rules simple apabila bekerjasama dengan leader Mak Bedah,
.
.
1. Jika ada masalah, beri solusi
2. Jangan beri alasan --- ini berbalik kepada no.1
.
.
Hidup ini sebenarnya mudah. Ramai orang nak berjaya, ramai orang nak kaya tapi mereka tak nak beri komitmen, mereka tak nak luangkan masa menempah tiket kejayaan.
.
.
Dalam tak sedar, mereka sendiri menempah tiket kegagalan.
.
.
Yang kerja, nak buat bisnes tapi kata takde masa. Tak sempat.
Yang buat bisnes, terkadang miss spend time dengan keluarga, dikata sibuk.
.
.
// The rule is simple --- If you really care, you will make time. Else you should know, where you put it in your life. //
.
.
Sama juga dengan pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
.
.
Ramai orang boleh beri 1001 alasan. Siap boleh tulis esei. PENUH! 1000++ patah perkataan. 2 mukasurat A4.
.
.
Tapi berapa ramai yang boleh memenuhkan esei alasan kejayaan --- kenapa kau perlu tetap bertindak untuk laksanakan plan pencapaian impian.
.
.
Tiap orang diberikan durasi masa yang sama --- 24 jam. Tiada orang diberikan 25 jam 8 hari seminggu 366 setahun. Jadi tiada alasan sebenarnya untuk kau katakan tiada masa.
.
.
Mak Bedah percaya bilamana kau menggunakan 24 jam, every second dengan sangat produktif, banyak perkara boleh dicapai dengan sangat mudah dan cepat.
.
.
Itulah dinamakan KEBERKATAN MASA.
.
.
Nak kaya dan berjaya tapi hari-hari scroll FB, scroll IG tengok kereta mewah orang, komen kata,
- Untunglah ada kereta mewah
- Kayanya dia
- Untungnya ada pakwe / suami kaya yang pandai buat bisnes
.
.
Berjam-jam pulak tu! Lepas tu kau expect kaya esok??
.
.
Haa scroll-scroll sampai esok, tulat, tahun depan, 10 tahun lagi. Jangan buat apa-apa! Jangan cari bisnes baru. Jangan bertindak sekarang! =.=
.
.
Haa kalau yang dalam ktm tu, daripada kau scroll status FB ni bawa-bawalah baca Al Quran ke. Ambil tasbih digital tu istighfar 1000x, selawat 1000x kali.
.
.
Konpem sampai destinasi siap keje sekolah --- 1k istighfar, 1k selawat setiap hari.
.
.
Sebab tu penting baca doa. Pagi-pagi niat kerja kerana Allah ke, buat bisnes kerana Allah ke. Biar tiap hari ada keberkatan masa. 
.
.
Insya-Allah 24 jam tu akan sentiasa terisi dengan perkara yang positif dan produktif. Dapat buat dan siapkan banyak perkara. Dapat capai banyak kejayaan kecil.
.
.
Dah dapat kejayaan kecil, kau buat lagi tindakan lain. Ulang. Gunung-ganang tu terdiri daripada kerikil-kerikil kecil. 
.
.
Doa mohon keberkatan masa---
Ya Hayyu ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan diriku kepadaku walau dalam sekelip mata.
Aamiin.
.
.
"Bedah sket hati tu biar terbuka biar rasa sentapan berbisa!"



Copy paste dari fb SA Insyirah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita