Followers

03 October 2013

Rawat Penyakit Kulit Dengan Sabun Mandi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari nie saya nak share tips terutamanya untuk anda yang mempunyai masalah kulit,samada kulit sensitif atau pun kulit kering.

Pada mulanya saya dapat tips nie dari blog Kak N. Alhamdulillah setelah beberapa bulan mencuba, ternyata ia sangat membantu memandangkan saya sendiri ada masalah kulit kering.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif mahupun kulit kering, mereka perlu memastikan pengambilan vitamin C dalam diet seharian mencukupi. Selain daripada buah-buahan, vitamin C juga boleh didapati dengan pengambilan supplement vitamin C di mana ianya lebih mudah dalam memastikan badan kita mendapat keperluan vitamin C yang mencukupi.

Selain daripada pemakanan, pemakaian sabun mandi juga harus di ambil perhatian. Pemakaian satu-satu jenis sabun mandi secara berpanjangan akan menjadikan kulit kita lama-kelamaan menjadi kering. Oleh itu, bagi anda yang mmpunyai masalah yang sama seperti saya perlulah memakai sabun mandi yang berbeza setiap kali ke bilik mandi. Contohnya jika pagi saya menggunakan sabun A, bila tengah hari saya akan menggunakan sabun B pula. Bila petang pula saya akan menggunakan sabun C. Yang pastinya, saya akan menggunakan sabun yang berbeza setiap kali ke bilik air. 



Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mengamalkan tips nie kulit saya semakin pulih dan tidak terlalu kering seperti sebelumnya. Hakikatnya, apa jua yang kita amalkan haruslah konsisten dan juga istiqamah untuk mendapatkan hasil yang diingini. 

Selamat mencuba!


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita