Followers

27 July 2013

Apa Penyakit SLE tu?

20:30 0 Comments
Jika anda pernah membeli produk Shaklee Alfalfa, tentu anda perasan perkataan Systematic Lupus Erythematosus (SLE) yang terdapat pada label produk tersebut. Sepertimana yang tertera dalam label (seperti gambar di bawah), pesakit SLE perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk yang mengandungi Alfalfa.




"SLE tue aper?

Sejujurnya saya sendiri pernah bertanyakan soalan yang sama pada upline saya di awal pembabitan saya dalam Shaklee. Jawapan yang mudah untuk kita fahami ialah...

"SLE nie sejenis penyakit di mana badan seseorang menghasilkan antibodi terlalu banyak, di mana antibodi tue akhirnya memakan atau membahayakan badan pesakit itu sendiri. Biasanya seseorang itu memang dah tahu yang dia ada SLE (selepas disahkan oleh doktor)."

Namun dari sudut saintifiknya pula...(apa kata kita cuba google dulu...)

Apakah yang dimaksudkan dengan Systematic Lupus Erythematosus (SLE)?

Terdapat banyak definisi SLE, dan yang paling mudah untuk difahami adalah seperti di bawah:
Systemic lupus erythematosus (SLE), or lupus, is an autoimmune disease in which a person’s immune system attacks various organs or cells of the body, causing damage and dysfunction. Lupus is called a multisystem disease because it can affect many different tissues and organs in the body. Some patients with lupus have very mild disease, which can be treated with simple medications, whereas others can have serious, life-threatening complications. Lupus is more common in women than men, and for reasons that are not precisely understood, its peak incidence is after puberty.
* Credit to : emedicinehealth.com
 
Di Malaysia kita juga mempunyai kumpulan sokongan tersendiri iaitu “Persatuan SLE Malaysia” yang membantu pesakit-pesakit SLE menjalani kehidupan harian mereka. Anda bolehlah layari laman web rasmi mereka di
www.lupusmalaysia.org.

Apakah SLE?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
* Credit to : www.lupusmalaysia.org

Kita ambil contoh satu kes sebenar pesakit SLE di Malaysia.

Remember back in 2005, there was one girl who was suspected of having a mysterious disease during her participation in Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), at Kem Cahaya Gemilang, Cherating, Pahang?
Well, turned out that she was diagnosed with SLE.

Hidup diteruskan dengan SLE
NURAINI Abu Bakar, 21, pernah menggemparkan negara sekitar tahun 2005 apabila dia yang ketika itu sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cahaya Gemilang, Cherating, Pahang dikenal pasti menghidap sejenis penyakit autoimun dalam sistem imuniti badan dikenali sebagai Systemic Lupus Erythematosus atau SLE.
Hanya selepas lima minggu mengikuti PLKN di kem tersebut, muka Nuraini mula dinaiki tompok-tompok berwarna merah. Setelah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di Kuantan, kulit mukanya dikatakan sensitif kepada sinaran matahari atau ’sunburn’.
Bukan sahaja di muka, bahagian-bahagian kulit yang terdedah kepada matahari seperti kaki dan tangannya juga turut mengalami keradangan.
Tanpa menyedari itulah permulaan kepada penyakit yang akan ditanggung bertahun-tahun lamanya, Nuraini tetap menamatkan PLKN sehingga Jun 2005.
Walaupun sering mengadu sakit-sakit sendi sehingga adakalanya terpaksa dipapah rakan-rakan pelatih di kem, dia tetap menggagahkan diri.
“Semasa itu hanya Allah yang tahu bagaimana penderitaan yang perlu saya tanggung. Walaupun saya hanya mengikut aktiviti tertentu di kem, saya tidak dibenarkan pulang. SLE membuatkan saya sensitif terhadap cahaya matahari.
Anda boleh baca lebih lanjut di iLuvislam.com forum.
* Credit to iLuvislam.com forum – (Arkib Utusan 25/5/08).

Additional Info :

Selain produk Shaklee Alfalfa Complex, Shaklee Herb-Lax & Shaklee Vita-Lea Iron Formula juga turut mengandungi Alfalfa sebagai ingredients. Berhati-hati ye sebelum mengambil produk tersebut.


 * Source : www.lupusmalaysia.org, emedicinehealth.com, iLuvislam.com, GenkiMomma,  Babyqaireen



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

MITOS & SHAKLEE

15:22 0 Comments
Kredit: Dazzling Moms E-Shoppe



1. Vitamin Shaklee hanya untuk orang sakit?
  • Vitamin shaklee adalah untuk diambil oleh mereka yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan. Mencegah adalah lebih baik dari merawat adalah konsep utama pemakanan tambahan Shaklee.. Namun jika diambil oleh mereka yang bermasalah kesihatan, ianya hanya membantu sel dalam badan berfungsi dengan lebih baik..

2. Vitamin Shaklee seperti performance drink HANYA untuk orang bersukan?
  • Ianya sekadar minuman kesihatan, bagi mencegah kehilangan air yang banyak terutama bagi golongan yang mempunyai meabolisme yang tinggi yang kuat berpeluh. Ia bagus untuk diambil pada bulan puasa dan kebanyakkan jemaah umrah dan haji akan sangat-sangat menyukainya apabila melaksanakan umrah/haji pada musim panas.

3. Vitamin Shaklee boleh mencacatkan bayi dalam kandungan?
  • Seperti vitamin lain, ia tiada kesan sampingan ke atas bayi dalam kandungan. Bezanya dengan vitamin hospital, vitamin Shaklee lebih mahal kerana kualiti yang kita bayar. Manakala vitamin hospital telah diberi subsidi oleh kerajaan. Kualiti ????

4. Vitamin Shaklee untuk penyusuan???
  • Ia hanya membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih produktif dan lebih berkualiti. Ternyata apabila rata-rata ibu yang mengambil produk @#%@ tidak memberi kesan yang sewajarnya kepada ibu dan bayi. Tepuk dada tanya selera????

5. Jika berhenti makan vitamin badan boleh jadi gemuk, betul ke?
  • Alahai ini bukan dadah… ini sekadar makanan tambahan. Pada botol supplement Shaklee tertera dietary supplement. Kebanyakan yang mengambil suppement akan mengadu mereka kurang makan kerana kenyang dengan supplement.. bagus la tu. Boleh maintain body.

 6. Vitamin Shaklee sama je dengan vitamin lain?
  • Kalau sama mengapa harga berbeza? Ada juga dari USA tapi harganya sangat MAHAL>Ada yang claim vitamin mereka Asli namun yang peliknya ada pulak SILICA GEL yang kita boleh jumpa dalam HANDBAG, KASUT SUKAN yang baru.


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

KHAS UNTUK IBU MENYUSU: Berhati2 dengan apa yang ibu makan, baby juga akan dapat tempiasnya

06:00 0 Comments


 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari nie saya nak kongsikan satu cerita dan juga testimoni hebat daripada pengamal tegar vitamin Shaklee. Dah lebih 13 tahun beliau amalkan vitamin Shaklee tau. Beliau juga seorang ibu yang telah berjaya menyusukan kedua-dua orang anaknya walaupun bersalin secara ceaser. Jom ikuti pengalaman Kak N!


Bayi baru lahir
Masa saya melahirkan Addin dan Nasa , doktor menasihatkan jangan mengambil apa2 jamu selama 14 hari pertama kerana bayi akan dapat apa yang ibu makan. Maka untuk kurangkan risiko bayi kuning, maka ibu harus elakkan makan makanan yang panas seperti jamu, lada hitam, nenas, ikan duri dan beberapa lagi yang dikatakan boleh mengganggu perut bayi.

Nasihat bidan
Bidan kampung yang berumur 70 tahun yang menjaga saya dan Nasa sendiri mengingatkan saya agar jaga makan 6 bulan yang pertama. Kata beliau, disebabkan baby bergantung sepenuhnya dengan susuibu, si ibu diharap akan menjaga makanan...bukan tak boleh makan seperti buah durian atau apa sahaja yang panas tetapi makan dengan berpada-pada. Supaya anak tidak meragam dan penghasilan susuibu juga tidak terganggu.

Makan vitamin sebaik sahaja melahirkan.
Saya lahirkan dua-dua anak saya secara c-sec, alhamdulillah...cepat recover. Anak first walaupun fully GA, sedar aje saya boleh bangun dan minta nurse bukakan drip... sebab nak tengok baby dalam incubator terus ajak suami pergi tengok baby dalam ncubator. Doktor siap tanya, ni bangun terus jalan tak de rasa pening atau nak pitam ke? Saya jawab tak de. Saya sangat yakin saya cepat sihat sebab sebelum pembedahan, saya dah lengkapkan badan saya dengan ESP dan semua vitamin yang perlu.

Time Nasa lagi best, lepas habis jahit, saya masuk bilik dan terus dapat susukan Nasa ditambah saya hanya separa sedar masa pembedahan. Saya lebih yakin sebab dah ada pengalaman dengan anak pertama.

Selepas beberapa melahirkan, selera saya belum betul2 terbuka, maka pengambilan ESP sangat membantu saya bertenaga. Vitamin-vitamin lain saya amik selepas makan lunch or dinner sebab saya set vitamin ini bantu badan saya cepat recover.

Bukti dan testimoni.
Semasa menjayakan penyusuan Addin dan Nasa, ESP adalah supplement saya yang wajib ada. Sebab selepas amik ESP, susu saya memang senang bengkak. Ditambah bila bancuh ESP dengan susu segar dalam kotak.. selain itu alfalfa. Vitamin lain membantu mood saya baik, tidak mudah jatuh sakit....but for me it's only part of USAHA. The rest ALLAH yang memberi dengan rahmatNYA.
Berat Addin dan Nasa menjadi perhatian doktor dan ahli keluarga kami. Mana taknya, ibunya kecil tetapi mereka sangat besar. Dua beradik ini sebelum 6 bulan dah cecah 10kg berat. Namun selepas mereka mula aktif, berat mereka naik seperti bayi biasa. Mereka overshoot pada 6 bulan pertama jadi mereka tak de masalah underweight bila mereka mula aktif.


Apa yang saya lalui dengan penyusuan bersama Shaklee?
Pengambilan ESP buatkan saya senang kenyang...breast pun mudah bengkak....dan anak saya memang mudah kenyang. Vitamin B membantu saya mengawal tekanan, Vitamin C bantu saya tak mudah allergik [ saya ada allergik dengan makanan laut] Kalsium bantu saya supaya tak mudah sakit gigi dan anak pun cepat tumbuh giginya. Vitalea bantu saya tak mudah pitam dan anak membesar lebih baik apabila si ibu cukup zat besi. Alfalfa saya makan untuk bantu susu saya cepat buat dan kepentingannya sama seperti ESP.
Komposisi utama dalam susuibu ialah protien, kalsium dan vitamin serta zat lain. Maka apabila kita amalkan makanan yang kaya dengan protien, kalsium serta vitamin lain, memang anak sendiri mudah kenyang.
Bagi mereka yang cara hidupnya seimbang, mungkin memandang remeh dengan vitamin, tetapi ia hak individu. Tiada siapa pun berhak mengatakan ia perlu mahupun tidak perlu sebab setiap orang mempunya cara hidup, kekangan dan kekuatan yang berbeza.
Tetapi secara jujur, saya memang puashati atas pelaburan saya dan suami lakukan membeli vitamin ini untuk kami usaha ke arah kesihatan.


Anda pula bagaimana? Tepuk dada tanya selera!



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

26 July 2013

Badan Sihat, Cergas, Tiada Sembelit & Susu Banyak dengan Set Berpantang Shaklee

18:00 0 Comments
"Alhamdulillah badan rasa sihat cergas je masa berpantang...proses pembuangan pun lawas jer setiap pagi.
Baby kurang meragam malam..lena je tidur...sampai kena paksa menyusu sebab breast dah bengkak....sekali pump dlm 8 minit blh dpt 4oz...syukur sgt..."

Ini adalah antara feedback positif daripada customer kami yang mengambil Set Berpantang Shaklee sepanjang tempoh berpantang. Memang ramai dah mengakui dengan mengambil Set Berpantang Shaklee mereka rasa lebih cergas, tiada sembelit, luka cepat sembuh dan susu banyak. Saya pasti anda juga mahu set berpantang yang dapat memberikan anda seperti fungsi di atas kan?

Set Berpantang Shaklee bukanlah jamu. Ia merupakan set vitamin penting yang diperlukan oleh ibu yang sedang berpantang untuk membantu si ibu bertenaga, cergas, dan membantu memulihkan luka bersalin dengan cepat samada bersalin secara normal mahupun ceaser. Selain itu, set ini juga boleh diambil walaupun ketika baby mengalami jaundice atau pun demam kuning.

Untuk penyusuan, ESP sangat membantu. Ia dapat membantu mempercepatkan proses penghasilan susu dan memekatkan susu. Jadi baby akan kurang meragam dan tidur lena. ESP juga dapat membuatkan si ibu berasa kenyang lebih lama dan meningkatkan metabolisme badan ibu, ia secara tidak langsung dapat membantu dalam pengawalan berat badan.

Tak percaya? Jom baca testimoni penuh customer kami tadi. 

 
Testimoni : Diri Sendiri.
Saya start consume shaklee masa dalam pantang bulan 10 lepas....just ambik yg trial set + ostematrix,alhamdulilah badan rasa sihat cergas je masa berpantang...proses pembuangan pun lawas jer setiap pagi. Habis pantang sy consume esp + alfafa,dalam masa 2 minggu consume susu saya tiba2 merudum maybe , tapi saya teruskan juga....alhamdulilah skrg susu dah stabil , makin banyak dari masadlm pantang..baby pun kurang meragam malam..lena je tidur...sampai kena paksa menyusu sebab breast dah bengkak....sekali pump dlm 8 minit blh dpt 4oz...syukur sgt...yg penting teruskan DF & pumping...esp + alfafa tu membantu kita lebih bertenaga....

Alhamdulillah. Banyak lagi testimoni hebat yang saya akan kongsikan. 
Serius berbaloi!


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Supplement yang selamat untuk berpantang: Ikuti pengalaman Kak N 2x bersalin ceaser

15:50 0 Comments
Set vitamin untuk ibu berpantang memang di antara set yang hebat dalam membantu ibu2 menjalani proses berpantang dengan lebih cergas, luka cepat sembuh, susu melimpah ruah dan banyak lagi kebaikan Set Berpantang Shaklee nie. 

Apa supplement yang sesuai untuk ibu2 yang sedang berpantang?
Di antara supplement yang sesuai adalah seperti Multivitamin @ Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan Zink. Dan vitamin2 ini sangat bagus jika diambil bersama ESP, Ostematrix dan Alfalfa.
 
Dulu saya bersalin secara normal. Yang kedua nie pun belum tahu lagi. Mudahan2 dapat bersalin secara normal. Jadi takde pengalaman bersalin secara ceaser. 
Oleh itu, jom kita baca pengalaman Kak N yang melahirkan kedua-dua orang anaknya secara ceaser. Memang kak N recover cepat, fully breastfeed, dan maintain slim. Kat bawah nie pengalaman Kak N sendiri tentang vitamin2 yang beliau makan sepanjang dalam tempoh berpantang..,pengamal supplemen tegar selama lebih 13 tahun...

________________________________________________________________

VITALEA - Multivitamin lengkap dengan formula zat besi- Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin B complex - Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak.

Vitamin C - Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh.

Zinc - Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP (soy Protein) - Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.
 
Selain ini, apa yang saya amalkan?

Saya turut amalkan vitamin E untuk pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsium untuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Kredit:Kak N


Jadi buat semua bakal ibu2 yang tak suka macam jamu macam saya tu boleh la cuba Set Berpantang Shaklee. Ianya supplement yang selamat untuk diamalkan oleh ibu2 yang sedang berpantang, murah dan berkualiti tinggi. Anda boleh dapatkan Set Berpantang Shaklee dengan kos tak lebih dari RM100. Murah kan?

Jom hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

25 July 2013

Yang Mana Menjadi Pilihan Anda Untuk Berpantang? Jamu Atau Vitamin?

20:30 0 Comments
credit:mychibibox

Di Malaysia, pengambilan Jamu semasa berpantang sudah menjadi kebiasaaan kerana itu adalah amalan sejak zaman berzaman. Jika kita pergi ke kedai yang menjual produk herba, terdapat pelbagai jenama sehingga kita tidak tahu yang mana satu untuk dipilih. Saya juga melalui situasi yang sama. Selain bertanya dengan rakan-rakan untuk meminta pendapat tentang set berpantang mana yang harus dipilih, saya juga mencari info sendiri melalui internet.

Sehinggalah saya bertemu dengan Shaklee dan mengetahui bahawa ade alternatif lain untuk berpantang selain menggunakan jamu iaitu Vitamin. Punyalah excited sebab saya ada masalah untuk menelan makanan pahit. Jamu itu kan pahit. Alhamdulillah, saya membuat pilihan  yang betul dengan memilih Vitamin untuk kesihatan dalaman selepas bersalin.

Persoalan menarik yang ingin saya utarakan pada hari ini adalah apakah perbezaan di antara jamu dan vitamin??

(1) Bahan kandungan

Vitamin : Setiap bahan di dalam vitamin dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, ianya perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Jamu : Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak pasti.

(2) Khasiat dan penyerapan oleh badan

Vitamin : Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau

Jamu :  Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang komplikasi memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat.

(3) Kesan kepada bayi

Vitamin : Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan bayi. Ibu masih boleh mengambil Vitamin walaupun anak mengalami penyakit kuning atau nama glemernya JAUNDICE

Jamu : Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau tidak. Malahan kebanyakan jamu boleh meningkatkan risiko JAUNDICE kepada bayi.

(4) Waktu pengambilan selepas bersalin

Vitamin : Pengambilan vitamin boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada ibu itu bersalin secara normal atau caesarian (bedah)

Jamu : Ibu yang bersalin secara caesarian tidak digalakkan untuk ambil jamu malahan ibu bersalin normal pun diminta untuk mengambil jamu 2 minggu selepas bersalin

Walauapapun pilihan anda, harap anda berpuas hati dengan pilihan anda. Saya kongsikan testimony terbaru pelanggan yang menggunakan Euphoria Confinement Set. Fresh from the oven.


“salam..juz nk share ttg Shaklee set berpantang..honestly mmg superb!sgt berbeza ngan kelahiran pertama sy dulu thn 2010.b4 this, sy tlalu fobia nk bsalin 2nd bb kali neh coz wkt anak 1st, sembelit trok, jahitan lmbt baik, susu bdn amek masa berminggu nr nak ade. Tp tu pon lepas berurut.n yg plg xbesh, bdn sgt lesu  lemah x btenaga.

So, bsalin kali neh decide amek set trial bpantang Shaklee lepas bbulan survey testimony org n bc info kt blog Azlin Mohd Atan. Alhamdulillah sy slamat bsalin 3feb2012 br neh. Hari ni genap 6hari sy bpantang n 6hari gak sy da mule mkn set bpantang shklee + alin suggest mkn osteomatrix cegah sembelit. Syukur Alhamdulillah, segalanye dipermudahkan. Sy x sembelit lgsg wat mase skg, jahitan xrase sakit sgt n luka nmpk cpt sembuh dr dulu. n yg plg besh, hari ke-3 susu da ade n cik b pond a mule mbengkak walo tanpa berurut.family pon perasan sy nmpk btenaga kali neh xmcm dulu.MMG X RUGI LA TRY SET NEH =)”


Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan juga idea kepada ibu2 yang sedang mengandung di luar sana.


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
FB: Deanna Aris

Vitamin Cadangan Untuk Atasi Keguguran & Tingkatkan Kesuburan

16:10 0 Comments
Keguguguran dikenali sebagai hilangnya kandungan janin yang berusia di bawah 20 minggu (jika lebih dari usia 20 minggu maka dikatakan sebagai kelahiran tidak matang). Satu dari 6 kehamilan berakhir dengan keguguran, dan sebahagian besarnya terjadi sebelum minggu ke-16 kehamilan. Sementara 200 wanita mengalami keguguran berulang (recurrent miscarriage), bahkan lebih dari 3 kali berturut-turut.

Tanda-tanda terjadinya keguguran.

Dibawah ini beberapa gejala yang dapat diketahui ketika mengalami keguguran:

✿ Pendarahan dari vagina, baik spontan ataupun didahului dengan darah merah kecokelatan terlebih dahulu. Banyaknya darah yang keluar bervariasi mulai dari beberapa titits saja sampai seperti menstruasi.
✿ Keluarnya cairan tanpa pendarahan atau rasa sakit, kemungkinan karena membran kandungan yang lepas.
✿ Keluarnya benda padat dari vagina.Kemungkinan janin
✿ Kekejangan di perut bahagian bawah atau ari ari seperti senggugut. Selain itu, keguguran juga boleh terjadi tanpa menimbulkan pendarahan atau rasa sakit. Janin di dalam rahim tiba-tiba menghilang dan tanda-tanda kehamilan berhenti. Kemungkinan besar disebabkan karena embrio sudah meninggal namun masih melekat pada rahim sehingga memerlukan si ibu menjalani D&C (Dilation & Curetage) untuk mengeluarkannya.


Penyebab Terjadinya keguguran

✿ Kelainan dan jangkitan pada kandungan. Embrio janin memerlukan tempat yang sesuai agar dapat berkembang. Kelainan bentuk atau infeksi pada kandungan menjadi keguguran kerana embrio gagal melekat.
✿ Imunisasi. Sel darah ibu dapat membentuk antibodi yang mencegah perkembangan plasenta secara normal.
✿ Kelainan gen/kromosom. Sekitar 60-70% keguguran terjadi kerana kromosom sperma tidak sesuai dengan kromosom telur (abnormal) sehingga janin tidak berkembang atau berkembang secara tidak normal. Keguguran adalah cara tubuh untuk mengakhiri kehamilan yang tidak sempurna tersebut.
✿ Penggumpalan darah (blood clotting). Beberapa wanita hamil mengalami kelainan penggumpalan darah yang menghalangi pembentukan pembuluh darah plasenta.
✿ Pembukaan leher rahim. Pada usia kehamilan yang lebih lanjut, pembukaan leher rahim yang terlalu cepat (sebelum masa persalinan) dapat menyebabkan keguguran.
✿ Penyebab lainnya. Kelainan hormon, diabetes yang tidak terkawal, kebiasaan merokok, minuman beralkohol dan berbagai parasit juga dapat menyebabkan keguguran.


Vitamin / Supplemet Cadangan untuk Elakkan Keguguran

Bagi wanita yang pernah mengalami masalah keguguran, Shaklee menawarkan beberapa supplemen yang boleh membantu mengembalikan kesihatan dalaman rahim anda, antaranya ialah :


1. Family wellness set (ESP, Vita-Lea, Vitamin C & B-Complex)














Kebaikan Family wellness set :
* Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
* Menguatkan sistem imun anda
* Membekalkan nutrisi yang lengkap atas keperluan badan
* Mengalakkan kesuburan


2. GLA Complex


Fungsi GLA Complex
* Membantu melegakan sindrom pra-haid (PMS) seperti senggugut
* Membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan
* Membantu melegakan kesakitan & kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagladin E1
* Membantu proses persenyawaan


3. Vitamin E




 









Fungsi Vitamin E :
* Menghalang Keguguran
* Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush
* Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran


Kredit

* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

24 July 2013

Performance Drink Shaklee: Bantu Berpuasa Dengan Lebih Produktif

17:30 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Alhamdulillah, hari nie kita dah pum masuk 16 Ramadhan kan.. Cepat betul masa berjalan. Sedar tak sedar kita dah pun berada dalam pertengahan Ramadhan.

InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan iaitu 1o Ramadhan yang terakhir. Tentunya semua dah tau kan 10 Ramadhan terakhir nie adanya malam Lailatul Qadar dan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Orang yang beribadah pada malam Lailatul Qadar ianya satu malam yang menyamai 1000 bulan. Inilah peluang keemasan yang patut kita rebutkan.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. 

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. 

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Maka, apa kata Ramadhan tahun nie kita perbaiki semoga lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.

Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bersenang lenang, tidur seharian,  dan bermalas-malasan kan?

Sama seperti Ramadhan tahun lepas, saya akan pastikan stok vitamin terutamanya ESP dan Performance Drink mencukupi untuk keperluan kami sekeluarga sepanjang berpuasa.

Pengambilan Performance Drink tidaklah sampai membuatkan kita hilang nikmat berpuasa atau nikmat berlapar dan dahaga. Kita masih merasa lapar dan dahaga cuma kita tidaklah melepek dan meleper sepanjang hari dek kerana atas alasan keletihan. 

Performance Drink adalah minuman isotonik TANPA karbonat yang mempunyai formula opticarb iaitu menstabilkan tekanan bendalir dan kandungan gula dalam darah sepanjang kita berpuasa. Pengambilan supplement seperti Performance Drink dapat membantu tubuh bertahan dan kita masih produktif dengan tugasan walaupun berpuasa. 

Amalkan sewaktu bersahur dan berbuka, dan anda akan dapat rasakan pebezaan yang ketara. Memang serius berbaloi-baloi!


Testimoni: Rasa bertenaga dan perut tak masuk angin. Masih bertenaga walaupun selepas bergotong royong bersama suami.


Testimoni: Solat terawih 23 rakaat tanpa rasa mengantuk walaupun surirumah berkerja. Pagi tak mengantuk, lunch hour pun tak tido dan masih masih full of energy sampai ke malam.



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Jom Menangi Performance Drink PERCUMA!!

15:15 0 Comments
Berita baik buat anda yang mahu mencuba Performance Drink.
Jom dapatkan Majalah WANITA Ogos 2013 dan sertai Peraduan Shaklee untuk mendapatkan Performance Drink Shaklee secara PERCUMA!
Mana tau mungkin anda pembaca bertuah kan?

Dapatkan Majalah Wanita Ogos 2013 dan semak di mukasurat 118-119.
 

Performance Minuman Hebat Untuk Seisi Keluarga

Aidilfitri kini tiba lagi. Kehadirannya, bakal menerbitkan rasa gembira dan bahagia yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Maka tidak mustahil pelbagai aktiviti menarik direncanakan bagi menjadikan sambutan hari lebaran satu momen indah yang sukar untuk dilupakan.

Selain kunjung mengunjung rumah sanak saudara, sahabat handai di Hari Raya ini, anda juga mungkin akan mengatur aktiviti beriadah bersama keluarga. Tidak kira di pusat peranginan terkemuka dalam dan luar negara atau sekadar menjalankan pelbagai aktiviti menarik lain.

Memastikan semua hasrat itu tercapai, sudah pasti anda memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melaksanakannya. Jika tidak, kelesuan akan membatasi segalanya. Jadi jangan biarkan perkara ini memusnahkan kegembiraan anda sekeluarga.

Bagi membangkitkan tenaga yang optimum di Hari Raya ini, dapatkan Performance Shaklee berperisa oren yang cukup luar biasa. Minuman penambah tenaga hebat ini menjadikan tubuh kekal bertenaga biarpun sudah seharian melakukan pelbagai aktiviti.

Mencungkil rahsia keistimewaan minuman terbukti secara klinikal dan lebih baik berbanding air biasa ini, ia direka khas dengan campuran elektrolit iaitu OPTI-LYTETM proprietari. Paduan hebat ini menghasilkan gabungan unik karbohidrat yang dapat menyalurkan tenaga segera pada tubuh. Selain itu, ia bertindak memerangkap komposisi air di dalam tubuh untuk berada pada tahap hidrasi yang optimum.Maka, sesiapa sahaja yang mengambil Performance Shaklee berperisa Oren tidak pernah berasa letih.

Malah minuman perangsang tenaga ini juga membuatkan tubuh anda sentiasa berada dalam keadaan cergas, tidak terhidrat dan sentiasa kelihatan awet muda kekal bertenaga sepanjang hari. Justeru, apa kata rasai sendiri minuman tenaga tambahan ini.

Testimonial 1:
WANITA 55 tahun sahut cabaran Flying Fox

Seorang wanita lasak berusia 55 tahun jujur mengakui dirinya sangat teruja kali pertama menggunakan Performance Shaklee berperisa Oren. Peserta Get Fit & Fun yang dianjurkan oleh majalah iSIHAT bersama Shaklee itu menambah, biarkan melakukan Flying Fox dan laluan berhalangan, tubunya tidak berasa letih jauh sekali tercungap-cungap semasa menyelesaikan sukan lasak tersebut. Semenjak itu, wanita ini merasakan dirinya berpeluang menjalani aktiviti lasak walaupun di usia emas.

Testimonial 2:
Berkayuh 250km tanpa henti

Subramaniam Kumarasamy, 40, merupakan atlet sukan triatlon dan maraton bertaraf antarabangsa. Pernah terlibat Jelajah Amal Berbasikal 1 Malaysia 2012, lelaki hebat ini mencatat rekod berkayuh sejauh 250 km tanpa henti. Itu pun setelah mengambil Perfomance Shaklee berperisa oren. Lebih membanggakan sepanjang menyertai jelajah amal berkenaan, beliau tidak pernah sekalipun mengalami kekejangan otot dan kekal bertenaga. Justeru, tidak mustahil kesan pengambilan air penambah tenaga ini, Subramaniam berjaya membuat kayuhan sejauh 1,185 km dalam masa enam hari sahaja!
Pencapaian ini sungguh membanggakan jika dibandingkan dengan rekodnya dalam aktiviti berbasikal Jelajah Johor 2011 lalu. Tanpa performance Shaklee berperisa oren, beliau hanya mampu berkayuh sejauh 125 km sahaja. Atas kehebatan menakjubkan ini Subramaniam begitu yakin dengan Performance Shaklee berperisa oren dan akan terus menggunakannya pada masa akan datang.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Vitamin Cinta

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita

Vitamin HOT untuk Wanita