Skip to main content

Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

SAKIT belakang antara rungutan sering kedengaran daripada mulut bakal ibu yang sedang hamil. Lazimnya, ia boleh berlaku pada peringkat awal kandungan dan antara punca masalah ini adalah kandungan yang sedang membesar menyebabkan otot abdomen meregang dan berlaku perubahan pada postur badan. 

Perubahan postur ini mengakibatkan pengalihan pusat graviti badan, lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil yang menjadi punca kepada rasa sakit. 



Perunding Bedah Otopedik, Trauma dan Penggantian Sendi, Hospital Columbia Asia, Dr Mohd Kamal Mohd Hisa, berkata rembesan hormon ‘relaxin’ ketika mengandung untuk melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bagi tujuan memudahkan proses kelahiran juga meningkatkan risiko sakit belakang. 

Katanya, penambahan berat badan ibu yang keterlaluan ketika mengandung boleh menyebabkan sakit belakang menjadi lebih teruk, manakala pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang mengakibatkan sakit belakang. 

“Beberapa langkah dikenal pasti boleh mengurangkan sakit belakang ketika hamil. Antaranya wanita hamil perlu pastikan postur badan adalah betul ketika berdiri dan berjalan, untuk mengelakkan tekanan ke atas tulang belakang. Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak, meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks pada bahagian bahu. 

“Berdiri tegak dan jangan bersandar ke belakang untuk memastikan tulang belakang berada dalam posisi lurus bagi mengelakkan kesakitan. Posisi bahu dan punggung juga mesti selari ketika berdiri. Elakkan berdiri terlalu lama dalam sehari. Jika anda perlu duduk terlalu lama di pejabat, cuba berehat dengan berjalan di sekitar ruang pejabat selang sejam,” katanya.
Dr Mohd Kamal juga yang tidak menggalakkan ibu hamil menyilang kaki ketika duduk, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus dan tegak. 

“Penggunaan bantal kecil yang diletakkan pada bahagian bawah belakang, mampu mengurangkan kesakitan. Elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan akibat postur ini akan menyakitkan,” katanya. 

Sakit belakang boleh juga berpunca daripada pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai dan pakaian luar yang tidak selesa menjadikan tubuh wanita akan secara serta-merta berubah kedudukan badan bagi mengimbangi kedudukan pakaian yang dipakai itu. Sekiranya coli terlalu ketat umpamanya, wanita cenderung untuk membongkokkan badan. 

Justeru pakaian dalam perlu yang bersaiz besar, serta mempunyai cangkuk lebar pada bahagian belakang. Tali coli yang besar dan terhasil daripada kain kapas yang nipis ketika mengandung memastikan anda selesa sepanjang hari. Sementara itu, seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung adalah pilihan tepat kerana ia besar pada bahagian perut bagi menjamin keselesaan untuk tempoh masa panjang. 

Walaupun segelintir wanita gemar memakai pakaian ketat, sebenarnya ia kurang sesuai dengan keadaan cuaca negara ini yang panas dan menyebabkan mudah berpeluh yang memungkinkan kulit mengalami kegatalan. 

Justeru pilih pakaian longgar, selesa dan tidak mencengkam khususnya pada bahagian pinggang. Sebaiknya pakaian yang longgar pada bahagian depan kerana semakin lama perut wanita akan semakin membesar. 

Menangani sakit belakang boleh dilakukan menerusi senaman ringan umpama berjalan-jalan serta menggerakkan anggota badan, tetapi sekiranya ia meninggalkan tanda tertentu anda perlu segera berhenti. Tanda dimaksudkan ialah sakit dada, perdarahan daripada faraj atau kontraksi atau jika anda mengalami pecah mentuban, serta denyutan jantung tidak tetap. Sekiranya berlarutan wanita hamil perlu segera merujuk kepada doktor. 

INFO: Cara atasi belakang ketika hamil


  • Pakai kasut yang selesa dan elakkan bertumit tinggi. Apabila kandungan membesar, imbangan badan berubah dan penggunaan kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau terseliuh. Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara. Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai di rumah atau bersiar-siar.  
  • Mulakan program senaman ringan yang berterusan untuk meregang dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, otot abdomen dan kaki. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai. Aktiviti berenang boleh menguatkan otot abdomen, belakang badan dan kaki serta mengurangkan tekanan ke atas sendi-sendi tulang. Senaman juga boleh mengawal penambahan berat badan yang keterlaluan ketika mengandung.
  • Pastikan posisi tidur malam adalah betul bagi mendapatkan rehat yang cukup. Posisi mengiring dengan kedua sendi lutut dibengkokkan sedikit dan letak bantal di antara lutut dapat memberi keselesaan ketika tidur. Untuk bangun dari katil, mengiring dan bengkokkan sedikit paha dan lutut. Gunakan tangan untuk menolak badan anda bangun dari katil. Mandi atau berendam dalam air panas suam juga boleh mengurangkan sakit belakang.
  • Elakkan mengangkat barang berat dengan postur yang salah. Jika perlu mengangkat barang, pastikan anda membengkokkan kedua lutut dan jangan bengkokkan badan. Jika perlu menyidai baju, letakkan bakul di atas kerusi supaya anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil baju dalam bakul untuk disidai.
  • Sekiranya langkah-langkah ini tidak dapat mengurangkan sakit belakang anda, berjumpalah doktor untuk nasihat dan pemeriksaan lanjut. Mungkin fisioterapi, ubat tahan sakit atau pengamal akupuntur atau kiropraktik boleh membantu jika anda didapati selamat untuk menerima rawatan berkenaan. 


  • sumber:  http://www.bharian.com.my/articles/Sakitbelakangketikahamil/Article

    *************************************************************************************


    Ostematrix juga dikatakan dapat membantu ibu-ibu hamil yang manghadapi masalah sakit belakang.

    Klik DI SINI untuk lihat testimoni.


    Perbezaaan Shaklee

    Formula Ostematrix sangat unik, di mana ia dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, yang mengandungi kalisum, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu di ambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.


    Promosi Ostematrix bakal berakhir. Jom dapatkan Ostematrix hari ini!


    * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan sebarang penyakit. 

    * Sila dapatkan konsultasi penuh dengan pengedar anda untuk maklumat lebih lanjut. 

    * Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 


    Ingin mencuba produk Shaklee? 

    Hubungi saya melalui: 
    email: mommyfarisazham@gmail.com 
    SMS: 013-7073943 (Deanna) 
    Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

    Comments

    1. Sangat bermanfaat sekali. kadang2 sakit belakang kita tak sedar langsung macam sakit2 biasa. tapi kalau biar lama2 jadi kronik nanti.

      Ada terjumpa baju sokongan belakang ni. nampak macam best jer. .
      Takperlu ubat, bukan makanan, bukan sapuan.
      boleh tengok disini page dia >

      https://www.facebook.com/BajuSokonganTulangBelakang

      ReplyDelete
    2. serik dah kena sakit belakang waktu preggy ni. serba tak kena dibuatnya.

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Terima kasih atas komen! ^__~

    Popular posts from this blog

    Kenali Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitamin B-Complex

    Pil Perancang yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu