Posts

Showing posts from February, 2013

Kulitku Lembut TANPA Lotion

Image
Alhamdulillah, inilah hasilnya bila saya konsisten amalkan ESP dalam diet harian saya.

Sebenarnya saya ada jugak buat eksperimen dekat diri sendiri tentang ESP nie. Seingat saya, 2-3 bulan memang saya amalkan ESP je sebab nak tengok kebaikan ESP tu sendiri. Alhamdulillah, memang tidak menghampakan hasilnya! :)
Saya kongsi minum dengan ibu saya waktu tu. Selepas sebulan konsisten minum ESP, kami mula perasan sesama sendiri, kulit kami jadi makin lembut! Nak lagi confirm kan kesahihan tu, saya mula tanya dekat husband saya. Dia juga akui kulit saya makin lembut, dan makin buat dia tak tahan...oopsssssssssss! Hanya untuk yang sudah berkahwain saja ya..hehe..
Dulu memang saya selalu bergantung dengan lotion. Kononnya nak kulit lembut la kan..sebab saya nie memang ada masalah kulit kering. Bila kulit kering nie rasa pun kasar kan? Bertahun-tahun jugaamalkan lotion, kulit macam tue juga. Tetap kering. Kulit pulak makin nampak berkilat mungkin sebab kesan lotion tue kan..
Pernah juga saya amalka…

Solat Sunat Rawatib

Image
Assalamualaikum & selamat pagi!
Alhamdulillah, kita masih bernyawa hari nie. Selagi masih bernyawa, selagi itulah kita masih diberi peluang oleh Allah untuk beribadah kepadaNYA  sebagai bekalan di akhirat kelak.
Hari nie saya nak kongsikan kelebihan Solat Sunat Rawatib dan cara mengerjakannya. Semoga kita sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.
Semoga bermanfaat.  



Kredit: shafiqolbu.wordpress.com


Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu. Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu. . Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Set…

Kebaikan ESP untuk Ibu Hamil

Image
Seperti yang kita tahu ESP adalah makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Ujian klinikal juga telah mendapati protein soya merupakan sumber protein yang unggul.
Selain sebagai sumber protein yang utama, ESP juga mengandungi 5 vitamin B, kalsium dan isoflavon di mana semua sumber ini sangat di perlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan dapat membantu mengekalkan kesihatan si ibu.

Pengambilan protein yang mencukupi dan seimbang sangat penting untuk membantu membentuk pelbagai sel baru. Oleh itu, ibu-ibu yang hamil tidak boleh mengabaikan pengambilan protein yang secukupnya kerana protein penting kepada pembetukan sel baru pada janin di mana ia merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya.
Tumbesaran janin juga memerlukan sumber vitamin B, terutamanya vitamin B6 untuk membentuk saluran penghantar isyarat atau pesanan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi si ibu pula, vitamin B ini dapat membantu mengurangkan dan mencegah mual dan muntah…

SHAKLEE: PENEMU MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA

Image
Untuk pengetahuan anda, perkataan "vitamin" itu sendiri asalnya daripada "Vitalize-Mineral" (yang sekarang dikenali sebagai Vitalea Shaklee) yang disingkatkan menjadi "Vita-min".
Perkataan "vitamin" yang selalu disebut-sebut kini adalah berasal daripada Shaklee. Haaa...sekarang dalam hati anda mesti sedang berkata-kata, "Oh, baru saya tahu!" Kan?kan?hehehe...
Sebab itulah saya sangat yakin dengan produk-produk Shaklee. Bukan sahaja kerana setiap penghasilan produknya mementingkan keaslian dan ketulenan, malah ia juga produk yang berasaskan 100% semulajadi kerana bagi Dr. Shaklee " Follow the law of the nature and you'll never go wrong "


Ingin mencuba produk Shaklee? 
Hubungi saya melalui:  email: mommyfarisazham@gmail.com  SMS: 013-7073943 (Deanna)  Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Tak Perlu Lagi Make-Up Tebal-tebal Sebab Nak Tutup Cela

Image
Wah, best kan?
Dah tak perlu lagi dah sibuk nak ber make-up tebal-tebal sampai 3 inci sebab semata-mata nak tutup jerawat, jeragat, parut dan lain-lain lagi. Nak keluar pun cuma sapu compact powder dan celak. Simple kan? Tue pun dah nampak cantik berseri-seri bak bidadari..hehe..
Rahsianya beliau amalkan ESP, Set D ( Vitamin B,C & E) dan juga GLA.
Peranan setiap vitamin:
ESP Merupakan sumber protein terbaik yang pernah dihasilkan. Protein merupakan makanan terpenting untuk badan. Tubuh badan terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ dan plasma. Sel dalam tubuh bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsi seperti membina sel-sel baru dan sihat serta menggantikan sel tisu yang lama atau mati ataupun rosak dengan sel tisu yang baru. Perasan tak kalau kita ada parut jerawat atau jeragat susah sangat nak hilang? Sebabnya badan kekurangan protein untuk membentuk sel-sel yang baru dan menyingkirkan sel yang mati. Ini kerana protein sangat diperlukan …

BERHENTI BERFIKIRAN NEGATIF!

Image
KESAN KETARA AKIBAT BERFIKIRAN NEGATIF
Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.

Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak yang rugi!

Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.

Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali g…

Menyentuh hati!

Image
Assalamualaikum & Salam Pagi Jumaat semua.  Alhamdulillah ALLAH masih izinkan kita bernafas di bumiNYA. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan penghulu segala hari denganmemperbanyakkan selawat, membaca surah al-Kahfi dan beristighfar.
Pagi nie saya jumpa satu puisi yang buat saya sangat tersentuh bila membacanya. Macam dah nak nangis pun ada..huhu.. Jom saya kongsikan satu puisi yang bakal menyentuh hati dengan anda. :)


Anakku.....
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
MAKA IBU AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...

Sembilan bulan nak...engkau hidup diperut ibu...
Engkau ikut kemanapun ibu pergi...
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdegup kerana kebahagiaan...
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana ibu kecewa dan mengurai air mata...

Anakku....

Bila ibu harus memilih apakah ibu harus operasi caesar,atau ibu harus berjuang melahir…

Supplement Shaklee Tiada Silika Gel

Image
Tiada silika gel dalam supplement Shaklee.
Inilah salah satu keunikan supplement Shaklee berbanding jenama lain yang berada di pasaran. Rata-rata supplement yang berada di pasaran kebanyakannya mengandungi silika gel. Kita sedia maklum bahawa jika terdapat kehadiran silika gel, ia menandakan bahawa supplement tersebut tergolong dalam golongan vitamin sintetik dan tidak asli.
Kenapa supplement Shaklee tiada silika gel? Ini membuktikan bahawa supplement Shaklee merupakan supplement yang asli, tulen dan 100% semulajadi, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan bukan vitamin sintetik.

Macam mana rupa silika gel?
Inilah antara bentuk atau rupa silika gel yang biasa kita nampak dalam kotak kasut baru, beg tangan baru dan dalam botol vitamin sintetik.




Kenapa vitamin sintetik perlukan silika gel?
Kerana apabila vitamin-vitamin sintetik ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain. Sebagai bukti, cuba anda letakkan sebiji vitamin yang anda beli di farm…

Penyakit Jantung Bukan Lagi Penyakit Orang Tua

Image
Zaman sekarang nie banyak kita dengar golongan muda meninggal dunia akibat serangan sakit jantung bukan? Ternyata sekarang penyakit jantung bukan lagi penyakit yang selalu kita kaitkan dengan orang tua atau mereka yang sudah berumur. Golongan muda juga terdedah kepada serangan penyakit ini. Malah atlet yang dianggap individu yang mengamalkan gaya hidup sihat juga mungkin mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).


DEFINISI
Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.

Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasanya adal…

Keunikan & Kelebihan Omega Guard Shaklee

Image
Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mengambilnya daripada makanan. Akan tetapi, Omega 3 yang berasaskan tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah daripada haiwan seperti ikan.

Keunikan Omega Guard Shaklee: Minyak ikan TERBAIK di dunia Diekstrak daripada ikan laut air sejuk ( sardin, mackerel, herring, anchovies ) di perairan Jepun.Bukan dari hati minyak ikan.3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Minyak ikan PALING TULEN di dunia. Mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.1 sajian membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.Berbeza dengan jenama Omega 3 yang lain, Shaklee menggunakan keadah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk mengestrak minyak ikan.Dihasilkan melaui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengestrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen & paling …