Posts

Showing posts from December, 2012

Mengapa vitamin tak memberi kesan?

Image
"Dean tak kurus pun aku ni..sama je..." Keluh customer saya setelah sebulan lebih mengambil Set Slimming Shaklee.


Apakah puncanya?

Setelah di selidik, rupanya beliau tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi atas alasan tak tahan asyik nak ke tandas.

Nasihat saya, jika ini juga berlaku pada anda adalah lebih baik anda menghentikan sahaja pengambilan supplement dalam diet anda.

Kenapa?

Pengambilan supplement dalam diet seharian anda sememangnya memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh tubuh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi yang tidak mengamalkan supplement adalah 2 liter sehari. Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air yang banyak adalah sangat perlu untuk menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrein oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Jika kekurangan air, badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.

Pendek kata, jika anda p…

Kepentingan Air Masak Pada Tubuh

Image
Adakah anda mengalami situasi mengantuk selepas makan tengah hari? Rasa macam dah berat sangat mata tak larat nak bukak walaupun mendapat tidur yang mencukupi?

Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur. Ia sebenarnya menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai daripada kita tersilap dalam menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.


Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair bada…

Kebaikan Penyusuan Ibu kepada ibu & bayi

Image
Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan bayi demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.
Selain bayi, ibu juga secara tidak langsung mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara payudara dan ovari jarang berlaku pada pada ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat …

Vitamin untuk perokok

Image
Semalam ada yang bertanyakan saya vitamin apa yang sesuai untuk suaminya yang merokok. So malam nie saya nak kongsikan dengan anda set vitamin untuk perokok.
Vitamin yang dicadangkan:Vitamin BVitamin CVitamin EVitamin D
Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.
Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?Vitamin C
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu menga…