Followers

03 November 2012

Alfalfa Complex

Perbezaan Shaklee

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medigaco sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medigaco sativa mempunyai gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya di tuai apabila mencapai kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutirisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Tumbuhan ini juga sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahuan dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protien, asid amino, klorofil, serat dan 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita