Followers

11 December 2012

Mengapa vitamin tak memberi kesan?

15:38 0 Comments

"Dean tak kurus pun aku ni..sama je..."
Keluh customer saya setelah sebulan lebih mengambil Set Slimming Shaklee.


Apakah puncanya?

Setelah di selidik, rupanya beliau tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi atas alasan tak tahan asyik nak ke tandas.

Nasihat saya, jika ini juga berlaku pada anda adalah lebih baik anda menghentikan sahaja pengambilan supplement dalam diet anda.

Kenapa?

Pengambilan supplement dalam diet seharian anda sememangnya memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh tubuh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi yang tidak mengamalkan supplement adalah 2 liter sehari. Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air yang banyak adalah sangat perlu untuk menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrein oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Jika kekurangan air, badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.

Pendek kata, jika anda pengamal supplement tetapi mengambil remeh tentang pengambilan air bermakna anda hanya membebankan tubuh anda.

Selain itu, anda juga perlu elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh. Pengambilan minuman berkafein ini boleh menyebabkan vitamin musnah dan pengambilan supplement tidak akan memberikan apa-apa impak atau kesan terhadap diri anda.



Sikap istiqamah dan sabar juga perlu untuk mendapatkan manfaat kebaikan setiap vitamin yang diambil. Istiqamah dan sabar perlu ada dalam setiap individu kerana sikap inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Displinkan diri anda dalam menjayakan istiqamah. InsyaAllah ~


salam sayang dari Deanna Aris

Kepentingan Air Masak Pada Tubuh

14:17 0 Comments



Adakah anda mengalami situasi mengantuk selepas makan tengah hari? Rasa macam dah berat sangat mata tak larat nak bukak walaupun mendapat tidur yang mencukupi?

Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur. Ia sebenarnya menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai daripada kita tersilap dalam menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.


Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.


Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.


Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.


Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.


Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.


Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.


 

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
 
Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Anda juga boleh menggunakan formula ini untuk menentukan pengambilan air yang disyorkan sesuai dengan tubuh badan anda.
 
Berat badan (dalam kg) dibahagi dengan 30
Contoh: Jika berat anda 70kg (70/30 = 2.3). Bermakna tubuh anda memerlukan 2.3 liter sehari

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? 

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.


Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.


Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.


Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.


Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


 

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek) 
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah 
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak 
  • Tekanan darah menurun 
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk 
  • Lesu pada waktu siang 
  • Sakit belakang 
  • Dehidrasi 
  • Sakit kepala 
  • Memperlahankan kadar metabolisma 
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara 
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan 
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik 
  • Meningkatkan keinginan untuk makan 
  • Darah menjadi pekat 
  • Mudah keliru. 
  • Degupan jantung meningkat 
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

 Hentikanlah alasan malas untuk berulang-alik ke tandas. Hargailah kesihatan anda :)

Salam sayang dari Deanna Aris


09 December 2012

Kebaikan Penyusuan Ibu kepada ibu & bayi

00:33 0 Comments



Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan bayi demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.


Selain bayi, ibu juga secara tidak langsung mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara payudara dan ovari jarang berlaku pada pada ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusukan bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.


Di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusukan bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.


1. Multivitamin

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperoleh daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara meyeluruh.


2. Protein

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Ibu disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein yang berkhasiat sehari.


3. Vitamin C

Dalam kajian terhadap para ibu yang menyusukan bayinya dengan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi.Oleh itu, menyusukan bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.


4. Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari oleh ibu dan bayi bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembetukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusukan bayi perlu mendapatkan vitamin B Complex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melaui susu ibu.


5. Kalsium

40 pretaus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusukan bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.


6. Asid Lemak Omega 3

Pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara santifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguang hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.


7. Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin lain seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


 

*dipetik dari Shaklee Today

 

Anda ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh email saya di anakesin85@yahoo.com atau sms 0137073943. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

 

06 December 2012

Vitamin untuk perokok

00:45 2 Comments

 

Semalam ada yang bertanyakan saya vitamin apa yang sesuai untuk suaminya yang merokok. So malam nie saya nak kongsikan dengan anda set vitamin untuk perokok.


Vitamin yang dicadangkan:

Vitamin B

Vitamin C

Vitamin E

Vitamin D


Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.


Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?

Vitamin C
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

 

Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?

Vitamin E
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

 

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?

Vitamin D (Ostematrix-Kalsium,Vitamin D & Magnesium)
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

 

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?

Vitamin B
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.
 

*kredit


Ada juga sumber yang mengatakan Vitamin C dapat membantu menghilangkan ketagihan merokok.


Seorang perokok akan banyak kehilangan vitamin c dalam badan sepanjang aktiviti merokok mereka. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Untuk itu, perokok perlu mengambil vitamin c dengan banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.

dalam artikel kajian perokok di US ada menyatakan;

Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

 

dalam artikel tu dicadangkan spray Vitamin C, akan tetapi vitamin C spray mahal - apa nak susah katanya - beli yang dalam tablet pun takpa. atau pecah tablet dalam air dan minum! ambillah Shaklee Sustained release Vita-C .

 

Kenapa? Bila badan nikotin yang berkarat dalam darah dan badan tu dapat disingkirkan sedikit demi sedikit, kebergantungan terhadap nikotin akan berkurangan. Maka seterusnya TIADA LAGI perasaan hendak merokok. 

 

Belum cuba mana nak tau kan? So lepas nie boleh la beli Vitamin C untuk yang tersayang!

 

*kredit

 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 

Pertanyaan?

Hubungi saya melalui email anakesin85[a]yahoo.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini! 

 



29 November 2012

Pil Perancang yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu

01:27 0 Comments

Salam sayang semua..haaa baru habis tengok bola tadi nie Harimau Malaya vs Laos. Tahniah buat Harimau Malaya dapat tewaskan Laos 4-1. Berdebar-debar masa tengok bola tadi nie. Banyak percubaan dari team Harimau Malaya. Kalau diikutkan percubaan2 tu mungkin kita dah menang 20-1..hahaha!


Ok lah..post kali nie nak share tentang pil perancang bagi ibu yang menyusu.


Beberapa hari lepas saya dapat PM dari customer saya,


" Deanna..aku nak tanya nie..aku makan pil perancang...tapi pil ni boleh mengurangkan susu badan...ESP ni boleh membantu tak memperbanyakkan susu? "


Sebenarnya saya pun tak pernah ambil apa2 pil perancang. Memang dari awal lagi sebelum lahirkan Faris dah berbincang dengan encik suami tak nak ambil apa2 pil perancang sebab takutkan macam2 kesan sampingan termasuklah susu ibu akan berkurangan. Lagi lah saya memang simpan cita2 nak susu kan Faris dengan susu ibu sampai umurnya 2 tahun. Memang katakan tak nak lah pada pil2 perancang nie!hehhee..kami merancang sendiri je..heee


Memang ramai ibu2 yang menyusu mengeluh susu mereka berkurangan apabila mereka mengambil pil perancang. Namun di sini ingin saya kongsikan pil perancang yang sesuai bagi ibu yang menyusu supaya tidak menggangu penyusuan mereka.


Credit to Kak Nadia

1) Pil perancang
Pil yang mempunyai hormon progestron seperti Noriday. 
Cara pengambilan pil Noriday:-

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.Pil ini hendaklah di ambil setiap hari dan pada waktu yang sama. Pil ini di katakan tidak akan mengurangkan susu ibu. 

Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin di hadapi bagi mereka yang mengamalkan pil ini adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%. 
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:

o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas

o Sakit dan bengkak urat kaki

o Sakit dada yang melampau

o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki

o Ketulan pada buah dada

o Sakit pada bahagian perut 

 
2) Depo provera (suntikan depo)
Ia adalah sejenis suntikan yang diambil setiap 12 minggu. Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan. Suntikan ini juga di katakan tidak mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita. Peratus kejayaan adalah 99%.


Salah seorang sahabat ummi pernah mengambil injection ini, tetapi putaran kedatangan haidnya memang tunggang langgang...malahan pernah 2-3 bulan sekali barulah period. Dan apa yang ummi perasan, sahabat ummi ini selalu di serang migraine dan lesu di tempat kerja. Akibatnya, selang beberapa bulan mengambil injection ini, sahabat ummi berhenti mengambilnya kerana tidak tahan dengan sakit kepala yang sering mengganggu beliau. Maklumlah kan, Allah jadikan manusia ini berbeza2, ada yang serasi dengan sesuatu, dan ada juga yang sebaliknya.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

o Darah tinggi

o Penyakit hati

o Herpes sewaktu hamil

o Sakit kuning

o Gatal sewaktu hamil

o Angin ahmar

o Sakit jantung

 

3) Implanon (implan)
Implan juga merupakan sejenis lagi perancang keluarga yang di katakan sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak akan kering . Implan mempunyai kandungan hormon progestron dan ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.

Peratus kejayaan adalah 99%.

Kesan sampingan implan:-

Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. 


 

Menurut pembacaan ummi, ketiga-tiga kaedah ini adalah sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Sungguh pun begitu, nasihat ummi, demi memastikan pil atau apa jenis perancang yang kalian gunakan itu benar2 selamat untuk di gunakan, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

 

Jika anda tersilap ambil pil perancang, makan milk booster apa pun tak dapat membantu untuk memperbanyakkan susu. Malah mungkin susu semakin menyusut dan kering.

 

Pengambilan pil perancang boleh menurunkan tahap vitamin C sehingga 30% dan boleh mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, apabila anda terpaksa memilih salah satu kaedah di atas, pastikan anda tambah beberapa supplement yang sesuai untuk menampung keperluan tubuh anda. Ini dapat memastikan kesan sampingan yang mungkin berlaku dapat di minimakan.


 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

28 November 2012

Kisah Sahabat Nabi

23:36 1 Comments
Terpanggil saya nak kongsikan kuiz dari fan page Ustaz Zahazan Mohamed.

" Siapakah nama sahabat yang diutuskan untuk mengislamkan para sahabat di Madinah, berasal dari keluarga yang kaya tetapi ketika matinya, tidak mempunyai kain kafan yang mencukupi untuk menutup jenazahnya?"

Sebelum saya bagi jawapan...ada yang tau tak?heheee..
Nak tau jawapannya?


Jawapannya: Mush'ab bin Umair


Jom baca kisah sahabat Nabi nie. Sangat menarik :))

Kredit Laman Ilmu dan Tips Belajar

Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah.

Dia adalah manusia yang ter’hensem’ di Makkah.

Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus’ab dan mengimpikannya.

Namun, lelaki ‘malaikat’ ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya sebagai syuhada’

Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:

“Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus’ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus’ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia”

Ya, itulah namanya. Mus’ab bin Umair RA.

Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada’.

Kisah Mus’ab bin Umair amat unik. Dia digelar ‘putera Makkah’ kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus’ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus’ab dipulau.

Namun Mus’ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus’ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus’ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus’ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus’ab berkata:

“Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”

Ya. Itulah keteguhan.

Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus’ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.

Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus’ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus’ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus’ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus’ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana menyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.

Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus’ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus’ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus’ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus’ab bin Umair.

Sa’ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab. Dia menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.

Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:

“Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi”

Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa’ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab dan Islam yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:

“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”

MasyaAllah. Begitulah dia Mus’ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.

Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.

Saat syuhada’ Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada’ Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus’ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus’ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.

Begitulah dia kisah seorang syuhada’, ‘putera Makkah’ yang telah berkorban.

Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.

Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat, kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.

Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.

Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.

Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu ‘korban’. Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus’ab bin Umair kepada kita.

Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus’ab Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:

“Cukuplah Allah sebagai wakil”

MasyaAllah…

Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus’ab bin Umair ini.

Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.

Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW, yang melihat dunia dari jendela akhirat.

Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia. 
 
 

Vitamin Cinta

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita

Vitamin HOT untuk Wanita